Monday 29 September 2014

"PASTI" menjadi "Ragu"


MOVE ON~ ~ ~ 

Perkataan tu yg sering berlegar diminda sekarang ni..

KECEWA

Siapalah kat dunia ni yg x pernah rasa kecewa? x kisah la kecewa sebab pelajaran ke, kerjaya ke ataupun CINTA..humm cinta..org sekeliling mmg mudah ckp MOVE ON..MOVE ON..diri yg melalui ni?

Aku bukan putus cinta kerana diri ini dan si dia x pernah "declare" hubungan ini sbg satu hubungan percintaan..tapi kami ada simpan satu harapan yg sama.."PERNIKAHAN".....

Jodoh tu kan mmg satu yg unik...kadang2 yg dekat boleh mnjauh,,yg seakan pasti jadi ragu..tu yg terjadi antara aku dan dia. Takdir Allah dan kerana kuasaNya juga lah aku dapat tahu hal sebenar yg dia sembunyikan dari aku.Bagi aku, satu perhubungan tu mestilah ade kejujuran, walau pahit mana pun kenyataan tu, bagitahu je perkara yg sebenar. Kecewa bila satu pihak gagal utk jujur dan tinggalkan kisah yg berlaku seperti tiada benda yg berlaku.....

Pagi ke ptg,..siang ke malam aku menunggu penjelasan tapi tiada ape yg aku dpt..SAKIT rasanya hati ni..sakit bila terkenang kembali kenangan yg ligat berputar kat kepala disaat mahu terlelap..aaahhhh,menangis jgn ckap..semua tu aku lalui....bukan senang nak LUPAKAN..

Tapi, disaat coretan ni aku luahkan, aku sudah dlm proses melupakan. Melihat dia senyap dan membiarkan keadaan, aku juga boleh begitu!!!!

Tak apa...BIARKAN....aku bersyukur sbb Allah dah tunjuk awal2 yg dia bukan orangnya..doa dari diri ni semoga dia jumpa insan yg btol2 memahami dan menyayangimu...Jujurlah walau dgn siapa awk bertemu lpas ni....

terima kasih pernah datang lalu menghilang, terima kasih pernah ada,lalu tiada. terima kasih pernah menghibur lalu kabur, terima kasih pernah meninggikan harapan lalu menjatuhkan, terima kasih pernah mendekat lalu menjauh,terima kasih pernah peduli lalu tak acuh. TERIMA KASIH


No comments:

Post a Comment